Monday, July 26, 2010

Willow Avenue Secondary School - Sejarah (posted 26 July 08)

OK, sebenarnya tak ramai yang tahu bahwa sekolah Willow ini amat BERSEJARAH.

Kenapa pula???

Sebab tapak sekolah ini dulu nya sebahagian dari sebuah Taman Bungayang dikenali sebagai, " Alkaff Lake Gardens". Sejarahnya begini:

Nama Alkaff Lake Gardens diambil sempena nama seorang
saudagar mashyur, Syed Shaik bin Abdulrahman Alkaff (1880 - 1948) - ketua sebuah kumpulan Arab Singapura yang bergelar "Alkaff".

Alkaff Lake Gardens dibuka untuk umum pada tahun 1929. Keluarga kaya yang dikenali sebagai "Alkaff Family" telah membawa masuk seorang pakar dalam bidang "landscape" dari Jepun untuk membentukkan taman ini bertemakan suasana taman bunga di Jepun.

Alkaff Lake Gardens juga mempunyai sebuah tasik yang indah dimana para pengunjungnya boleh bermain sampan. Tasik
ini pula dikelilingi bukit-bukit buatan manusia (man-made hills). Keindahan taman ini menjadikan ia sebuah tempat perkelahan yang digemari penduduk Singapura pada waktu itu.

Selain tasik, pokok2 and tumbuhan2 dari berbagai pelusuk dunia telah diimport dan ditanam di Taman ini. Ini menjadikan Alkaff Lake Gardens sebuah tempat yang amat diminati.

Tambahan pula, sebuah kedai minuman bertema Jepun dan sebuah pentas terbuka juga terdapat di Taman ini.

Tapi malangnya, zaman kegemilangan ALkaff Lake Gardens amatlah pendek - tak sampai 15 tahun lamanya....... Dengan sekelip mata, Alkaff Lake Gardens musnah dari pandangan & menjadi mangsa peperangan Jepun pada tahun 1942 -1945.

Setelah peperangan, keluarga Alkaff pun menjual Alkaff Lake Gardens pada H. Sennett Realty Company pada tahun 1949 pada harga $2 juta dolar. Dengan penjualan ini, wajah taman ini berubah menjadi kawasan perumahan privet. Dan nama baru tempat ini dikenali dengan nama "Sennett Estate". Lama kelamaan, tasik yang berada di situ ditimbus dan bukit-bukit diratakan pada tahun 1964.

Kemudian sebuah sekolah pun di bina pada tapak asli Taman tersebut.

Maka lahir lah, Willow Avenue Secondary School.

Below was an article from Straits Times dated 23 May 1964 about a reader's feelings on the building of Willow Avenue Sec Sch.

No comments: