Kalau kita betul2 renung & fikirkan secara mendalam, kita akan menyedari bahawa masa kita dibangku sekolah Willow dulu (1979-1982), kita dihiburkan oleh band2 yang mempunyai nama2 yang agak PELIK!
Siapalah yang tergamak menamakan band sendiri, Black Dog Bone? Kesian... Kita cuba jugak buat research apasal lah budak 6 orang ni namakan band mereka sedemikian? Tapi sayang, hingga hari ini...soalan tak terjawab...

I
Kemudian datang pula, lagi satu band yang namanya begitu hampir dengan nama satu produk kemestian bulanan wanita. Band yang saya maksudkan disini ialah kugiran Stayfree...oops alamak sorrylah.... Carefree. Band ini agaklah famous waktu kita sekolah kat Willow dulu terutama sekali dikalangan pelajar2 perempuan. Dengarnya...sampai ada yang tengah tidur pun mulut masih berkumat-kamit, "Jay Jay, Jay Jay.....". Mak Bapak budak ni pulak salah anggap. Kenapa? Pasal si Bapak cakap dengan si Mak, " Awak tengoklah anak kita tu.... belajar begitu kusyuk sekali...sampaikan tidur pun...masih menghafal pelajaran..." PULAK!

Industri muzik hiburan Melayu diakhir 70an dikejutkan dengan penampilan sebuah band yang terdiri dari anggota bukan Melayu. Siapa lagi? Alleycats lah. Suara sengau penyanyi utama kugiran ni menghanyut & melalaikan kita akan erti nama band mereka. Alleycats bukankah dalam bahasa melayu ialah (ma'af cakap) "Kucing-Kucing Lorong". Alamak....kenapalah budak2 ni asal-boleh namakan band mereka sedemikian? Hairan kan?

Tapi kita betul percaya yang Willow boys tak pernah mungkin akan persoalkan nama band yang satu ini.... apasal? Sebab ni band favourite mereka. kalau band ni namanya "Masalodeh" pun, mereka akan support dan sayang. Pasal apa? Pasal konsep band ini ialah "ROCK!" - 70s ROCK! Walaupun ada lagu2 & gitar solo2 mereka 100% kes ciplak..pun tak apalah Bedah....
Cuba teka, siapa band ini?
Cuba teka, siapa band ini?

No comments:
Post a Comment