Monday, July 26, 2010

What this Blog is all about....

This Blog is actually more like a journal depicting the journey....

An 8-month journey of creating a REUNION.

Sometime in July 2008, a group of ex-Willow folks decided to embark on this mission of having a good Willow Reunion after 26 yrs of leaving the beloved school.

This blog was thus put online with sole purpose of getting friends from the batch of 1979-83 (Malay Language Class) to be aware of the planned reunion scheduled on 10 April 09.

So for the 8 months or so, the Willow friends communicated actively in this blog.

Today is the 2nd Anniversary of this blog....


hidawa79@gmail.com

Willow Avenue Secondary School - Sejarah (posted 26 July 08)

OK, sebenarnya tak ramai yang tahu bahwa sekolah Willow ini amat BERSEJARAH.

Kenapa pula???

Sebab tapak sekolah ini dulu nya sebahagian dari sebuah Taman Bungayang dikenali sebagai, " Alkaff Lake Gardens". Sejarahnya begini:

Nama Alkaff Lake Gardens diambil sempena nama seorang
saudagar mashyur, Syed Shaik bin Abdulrahman Alkaff (1880 - 1948) - ketua sebuah kumpulan Arab Singapura yang bergelar "Alkaff".

Alkaff Lake Gardens dibuka untuk umum pada tahun 1929. Keluarga kaya yang dikenali sebagai "Alkaff Family" telah membawa masuk seorang pakar dalam bidang "landscape" dari Jepun untuk membentukkan taman ini bertemakan suasana taman bunga di Jepun.

Alkaff Lake Gardens juga mempunyai sebuah tasik yang indah dimana para pengunjungnya boleh bermain sampan. Tasik
ini pula dikelilingi bukit-bukit buatan manusia (man-made hills). Keindahan taman ini menjadikan ia sebuah tempat perkelahan yang digemari penduduk Singapura pada waktu itu.

Selain tasik, pokok2 and tumbuhan2 dari berbagai pelusuk dunia telah diimport dan ditanam di Taman ini. Ini menjadikan Alkaff Lake Gardens sebuah tempat yang amat diminati.

Tambahan pula, sebuah kedai minuman bertema Jepun dan sebuah pentas terbuka juga terdapat di Taman ini.

Tapi malangnya, zaman kegemilangan ALkaff Lake Gardens amatlah pendek - tak sampai 15 tahun lamanya....... Dengan sekelip mata, Alkaff Lake Gardens musnah dari pandangan & menjadi mangsa peperangan Jepun pada tahun 1942 -1945.

Setelah peperangan, keluarga Alkaff pun menjual Alkaff Lake Gardens pada H. Sennett Realty Company pada tahun 1949 pada harga $2 juta dolar. Dengan penjualan ini, wajah taman ini berubah menjadi kawasan perumahan privet. Dan nama baru tempat ini dikenali dengan nama "Sennett Estate". Lama kelamaan, tasik yang berada di situ ditimbus dan bukit-bukit diratakan pada tahun 1964.

Kemudian sebuah sekolah pun di bina pada tapak asli Taman tersebut.

Maka lahir lah, Willow Avenue Secondary School.

Below was an article from Straits Times dated 23 May 1964 about a reader's feelings on the building of Willow Avenue Sec Sch.

Sunday, July 25, 2010

Titik Permulaan....(posted on 26 July 08)

Titik permulaan & pertemuan budak2 Willow ni amat ANEH.
Kenapa?
Sebab rata2 nya kebanyakkan mereka tak memilih sekolah Willow sebagai sekolah pilihan mereka apabila lulus PSLE.

Tapi bak kata seorang cendiakawan dari kumpulan kami....sebabnya ialah
"Kita ditakdirkan BERSAMA"

Betul jugak....macam sekolah Willow ni yang pilih kita pulak......
Hairan bin Ajaib, kan?
Maka bermula sesuatu perkenalan & persahabatan yang diharapkan berpanjangan, Insha'allah...

video kenangan kami
----------------------

Saturday, July 24, 2010

Peristiwa pada tahun 1979 - 1982 (28 July 08)

Sekadar mengimbas peristiwa & berita hangat tahun 1979 - 1982.

1979
------
  • Shah Iran digulingkan dalam sebuah revolusi di Iran dan Ayatollah Khomeini kembali ke Iran setelah 15 tahun hidup dalam buangan.
  • Kedutaan Amerika di Iran dirampas dan kakitangan menjadi orang2 tebusan regime Ayatollah
  • Saddam Hussein menjadi Presiden Iraq
  • Margaret Thatcher menjadi Perdana Menteri wanita pertama di Britain
  • Idi Admin digulingkan dari pemerintahan Uganda
  • Komik "Garfield" diperkenalkan
  • Muhammad Ali memgumumkan persaraan dari arena tinju

1980
------
  • Bermulanya peperangan Iran-Iraq
  • Pengepungan Kedutaan Iran di London
  • Pemboikotan Amerika keatas Olimpik di Moscow
  • John Lennon dibunuh oleh seorang peminat
  • Lech Walesa mengetuai pergerakan Solidarity di Poland terhadap pemerintah komunis
  • CNN pertama kali dilancarkan

1981
------
  • Perkahwinan Diraja Britain, Prince Charles dengan Lady Diana Spencer
  • IBM memperkenalkan IBM PC yang pertama
  • Iran membebaskan 52 orang tebusan, beberapa minit setelah Ronald Reagan ditabalkan sebagai Presiden Amerika Syarikat.
  • Ronald Reagan selamat dari satu cubaan membunuh beliau
  • Space Shuttle pertama dilancarkan
  • Percubaan membunuh Pope John Paul II gagal
  • President Mesir, Anwar Sadat dibunuh


1982
--------
  • Argentina menakluk Kepulauan Falklands (sebuah koloni Britain), menyebabkan "Perang Falklands"yang diakhiri dengan kemenangan Britain
  • Jantung rekaan pertama kali diguna dalam pemindahan (transplant)
  • Israel menakluk Lebanon
  • Raja Fahd mengambil alih pemerintahan Saudi Arabia
  • Pelajar2 Unik Willow menduduki Peperiksaan "O" Levels




Friday, July 23, 2010

Mencari Cikgu Feroze & Cikgu Kamariah (posted 28 July 08)











Hello Kawan-Kawan, kami sedang berusaha untuk menghubungi Cikgu Feroze & Cikgu Kamariah.... Siapa boleh tolong dapatkan contact number mereka. Harap hubungi kami.
Kalau boleh, nak Cikgu2 ini jadi Guest-of-Honor.

Tolong kami ok? Gua caya...

Thursday, July 22, 2010

Arena Muzik (1979 - 1982) - posted 31 July 08

Kalau kita betul2 renung & fikirkan secara mendalam, kita akan menyedari bahawa masa kita dibangku sekolah Willow dulu (1979-1982), kita dihiburkan oleh band2 yang mempunyai nama2 yang agak PELIK!

Siapalah yang tergamak menamakan band sendiri, Black Dog Bone? Kesian... Kita cuba jugak buat research apasal lah budak 6 orang ni namakan band mereka sedemikian? Tapi sayang, hingga hari ini...soalan tak terjawab...
I


Kemudian datang pula, lagi satu band yang namanya begitu hampir dengan nama satu produk kemestian bulanan wanita. Band ya
ng saya maksudkan disini ialah kugiran Stayfree...oops alamak sorrylah.... Carefree. Band ini agaklah famous waktu kita sekolah kat Willow dulu terutama sekali dikalangan pelajar2 perempuan. Dengarnya...sampai ada yang tengah tidur pun mulut masih berkumat-kamit, "Jay Jay, Jay Jay.....". Mak Bapak budak ni pulak salah anggap. Kenapa? Pasal si Bapak cakap dengan si Mak, " Awak tengoklah anak kita tu.... belajar begitu kusyuk sekali...sampaikan tidur pun...masih menghafal pelajaran..." PULAK!



Industri muzik hiburan Melayu diakhir 70an dikejutkan dengan penampilan sebuah band yang terdiri dari anggota bukan Melayu. Siapa lagi? Alleycats lah. Suara sengau penyanyi utama kugiran ni menghanyut & melalaikan kita akan erti nama band mereka. Alleycats bukankah dalam bahasa melayu ialah (ma'af cakap) "Kucing-Kucing Lorong". Alamak....kenapalah budak2 ni asal-boleh namakan band mereka sedemikian? Hairan kan?



Tapi kita betul percaya yang Willow boys tak pernah mungkin akan persoalkan nama band yang satu ini.... apasal? Sebab ni band favourite mereka. kalau band ni namanya "Masalodeh" pun, mereka akan support dan sayang. Pasal apa? Pasal konsep band ini ialah "ROCK!" - 70s ROCK! Walaupun ada lagu2 & gitar solo2 mereka 100% kes ciplak..pun tak apalah Bedah....

Cuba teka, siapa band ini?





Sweet Charity! Siapa tak kenal? Pelopor muzik ROCK Melayu.... guru besar pada anak-anak didik yang datang kemudiannya.... seperti Search, Lefthanded, May, BPR, MRT...serta KJE.....he, he, he...


Written with Leisure for Your Reading Pleasure....

Wednesday, July 21, 2010

Jumpa Cikgu Feroze Esok!!! (posted 2 Aug 08)

Ingin mengumumkan yang Sab....dan mungkin kawan2 yg lain akan mengunjungi Cikgu Feroze esok (Ahad - 3 Aug) dirumah beliau (berdekatan dgn Kallang MRT).




Tuesday, July 20, 2010

Ramai yg dah tak SABAR....(2 Aug 10)

Wah!!! Ramai yg respons cakap mereka tak sabar... Ada cakap, "REUNION lagi 8 bulan lah...terlalu lamalah", "baju yang I beli kat Bimla semlm tak tahu masih boleh muat..lah?"... dan macam2 lagi...

Apa yang kita boleh katakan disini ialah...Kita kan dah tunggu lebih dari 25 tahun...jadi apalah lagi 8 bulan....bertenanglah...Kita pun masih lagi dalam pre-planning stage... belum apa2 lagi.. so bertenanglah.

Tapi apa yang positif nya... kita semua telah kembali in contact... kan bagus tu...

Kita doakan agar semuga kita semua diberikan kesihatan dan kesempatan untuk menghadiri REUNION ini nanti....dan semuga kesabaran kita diberkati..ameen...


Monday, July 19, 2010

SELAMAT HARI LAHIR!!!! (posted on 4 Aug 08)

Kita, dengan semangat HIDAWA yang penuh PATRIOTIK dan keghairahan NATIONALISMA, ingin mengucapkan Negara Kecintaan kita, SELAMAT HARI LAHIR yang ke 43.

Semuga Negara kita sentiasa di rahmati deng
an KEAMANAN, KEMAKMURAN & KEJAYAAN. Semuga mereka yang memerintah Negara Kita ini sentiasa berfikiran rasional and bersifat ikhlas demi kemajuan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat...seperti kita2 ni lah, Inshaallah...Ameen ya RABBAL 'Alameen....

Semuga Negara Kita di lindungi dari ancaman Terrorisma, segala Bencana Alam dan segala Keburukkan...Ameen ya RABBAL 'Alameen...


Memang... harapan kita buat Negara ini adalah Tinggi...setinggi Awan di langit biru....terutama demi masa depan anak2 & generasi2 hari esok...

Akhir sekali, Kita Love S'pore & ....Kita pasti................................. S'pore PUN Love Kita Juga! mestilah...


HAPPY BIRTHDAY, SINGAPORE!!!

Sunday, July 18, 2010

Kita Dah JUMPA!!!! (posted on 4 Aug 08)

Pencarian & Penantian selama lebih 25 tahun berakhir setelah kawan2 pergi berjumpa Cikgu Feroze semalam di rumah beliau.

Syabas! Kita ucapkan....

Semangat HIDAWA mereka amat menakjubkan...WOW!!!

Kita dimaklumkan yang rombongan mereka (5 orang) pergi ke rumah Cikgu dengan pelbagai buah tangan yang unik2....macam orang hantar tanda miripnya...

Tapi tak kisahlah...pasal mereka, mewakili HIDAWA....tak kan datang tangan kosong pulak....

Jadi pada Sab, Siti Aida, Yati dan Roslan....kita mengucap Sebanyak2 Terimakasih....Well Done!

Jadi sekarang, pencarian kita hanya tertumpu pada SEORANG ni aje...

SIAPA?

CIKGU KAMARIAH!!!

(PS: Video rakaman di rumah Cikgu Feroze akan dipostkan di sini buat tatapan anda, Inshaallah....)




Saturday, July 17, 2010

Pass me the tissue, pleeeaseeee..... (posted on 5 Aug 08)

Lanjutan dari posting sebelum ini tentang lawatan kawan2 ke rumah Cikgu Feroze ahad lalu....

Kita TERDENGAR yang ada juga kawan2 yang tak sempat ikut serta rombongan, sempat juga menelefon & berbual dengan Cikgu ketika itu.

Terharu juga kita bila dapat tahu yang ada sampai
menangis bila berbual dengan Cikgu di telefon...

Alamak....kita betul2 terharu....hati kita juga tersentuh...kerana kita faham perasaan ini......perasaan seorang mureed pada Gurunya....mungkin rindu....bercampur syukur....dapat berhubungan kembali...


Yang positif ialah kita dapat mengembalikan silaturahim & rahmi.....dikalangan kita ex-WILLOW.

Alhamdulillah...


Friday, July 16, 2010

Cikgu Feroze on video!!! (posted 5 Aug 08)

Terkabul juga keinginan kita untuk melihat video Cikgu Feroze, Alhamdulillah..


Video buat tatapan anda... ENJOY!


Gubahan Sabariah yg dipersembahkan buat Cikgu dengan kata2 muhibbah.



Video One


Video Two


Video Three


Was-Salaam...

Thursday, July 15, 2010

Anda Soal, Kita Jawab...(email2 anda) - 8 Aug 10

Soalan: Saya dari batch tahun 88. Tapi teringin sekali nak join our group. Bagaimana caranya?

Jawaban: Kalau u dari golongan Hawa, sila contact Sabariah. Kalau u golongan Adam, sila contact Jefry. Email pun boleh..gasak korang lah…

Soalan: Kenapa aku dikecualikan? Aku pun dari batch korang pe?

Jawaban: Sorry lah...Kita berpandukan Willow School Magazine for Sec 4 (1982)… tiada niat dihati nak banned sesiapa... Siapa lah kita nak banned sesama sendiri kan? Kalau u nak include, do email kami gambar anda masa Sec 4 dulu….

Soalan: Siapa penulis blog ini? Adakah artikel2 disini semua ciplak? Tak mungkin original sebab terlalu best!

Jawaban: Tak yah lah tanya siapa penulis….yang paling tulisan2 ni membuat anda tersenyum simpul…kerana ini blog ni berkonsep santai. Kita try as far as possible to be original…. For ciplak artikel, video…or whatever…kita akan add reference…takut kena sue…

Soalan: Siapa ada contact no ___________? Tolonglah bagi tau….

Jawaban: Sorry brother….ini blog santai…bukan kelab dangdut…oops sorry….Kita tak ada…. mungkin U boleh tanya Sab…

Soalan: Reunion ini idea siapa? I salute!

Jawaban: Dah lama kita orang plan… Tapi ketika itu, kita Cuma ada VISI…tiada MISI….. tapi setelah masuk hospital jumpa MISI….dan tiba2 datang VISI…(apa yang kita cakap ni….) SEBENARNYA, idea tercetus December lalu bila kita jumpa kat rumah Abu….then bila kita jumpa lagi last month, baru kita semua finalize…on what we are going to do (maklumlah dah berumur…so lambat lah sikit….)

Soalan: Blog ini mengingatkan I tentang keindahan dunia remaja. Lupa yang I ni ibu kepada anak2 yang meningkat remaja....

Jawaban: Bagus tu…jadi kita lebih prihatin atas citarasa anak2 kita…sebab kita dulu pun bukan baik sangat….oops…..sorry…

Soalan: Tak mungkin REUNION ini free, memandangkan harga barangan semuanya naik. Ini mesti ada gimmick atau helah!

Jawaban: Tak baik buruk sangka….ni mesti dah selalu kena TIPU…oops……..…Tiada Dusta diantara Kita...PERCAYALAH

Soalan: Boleh tak remove photo lama I tu? Pasal I dah tak suka tengok cermin lagi sekarang!

Jawaban: Cermin pun tak suka tengok U…oops…Relaxlah..janji your hubby masih minat tengok U sudahlah…he,he,he…

Soalan: Apa dress code untuk REUNION nanti?

Jawaban: Willow Avenue School Uniform…stoking mesti tarik tinggi & sepatu mesti BATA…ok?

Soalan: Aku nak pergi perjumpaan ini tapi aku tak berani. Sebab dulu aku kat Willow selalu gaduh dengan murid-murid lain.

Jawaban: 1982 adalah 26 tahun lalu. So please discard any EMOTIONAL BAGGAGE that you are carrying. I believe none of the Willowians would remember all those bad stuffs…we remember only the GOOD THINGS… Macam NS lah, ingatan kita lebih cenderung pada the FUN & HAPPY times…So relaxlah… Now in 2008, we are different people in different environment with different thought process & life experiences….So my friend, I urge you to make yourself available for the reunion…Love to meet you with open arms…All good wishes to you and family…

Willow Revisited - TODAY (8 Aug 08)

With the grace of God, was given the opportunity to drop-by Willow Ave this morning...

So took some pics to share with you all here....





Wednesday, July 14, 2010

Tuesday, July 13, 2010

Anak Siapa ni? Anak awak? (8 Aug 08)

Video ini adalah antara ubat yng mujarab bagi menghilangkan stress....

So lets watch together & enjoy!!!

sumber: Youtube.com

Monday, July 12, 2010

Cara Untuk Membunuh Syaitan (9 Aug 08)

Sekadar berkongsi ilmu...
Sumber: personal email


Seorang lelaki berusia lima puluhan tahun baru sahaja kematian isteri akibat penyakit kronik. Kemudian datang beberapa tawaran dari orang tertentu menawarkan beberepa perempuan untuk dijadikan isteri baru.

Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam- dalamnya dia pun bersetuju untuk berkahwin. Selepas memilih dan beberapa orang calon isteri yang ditawarkan oleh orang kampong maka dia pun berkahwin dengan seorang perempuan yang agak muda berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun.

Selepas
majlis pernikahan mereka pun hidup bersama seperti pengantin baru yang lain.... ... Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang khamis mengikuti kuliah agama yang sering diadakan secara mingguan dengan pesyarah jemputan yang diundang khas mengajar agama di kampong tersebut.

Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau dia menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut..."abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/bersetubuh dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan".

Kata si suami "yerr
kerr. Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kann, betul tak sayanggg" sambil ketawa. Isteri hanya tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, si isteri berkata
"banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". Si suami tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh
syaitan...bang". "tak pe... tunggulah malam".

Esoknya si isteri
berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". Si suami diam sambil mengangguk lemah.

Esoknya siisteri
berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... ". Si suami tiba - tiba marah dan berkata ..........

"Ayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang"




Sunday, July 11, 2010

DISCLAIMER (atau...sekadar beli insurans...) - 9 Aug 08

Salaam semua, harap kawan2 dapat meluangkan sikit masa untuk perhatikan & telitikan apa yang termaktub dibawah ini, T'kasih..

Disclaimer

Segala apa yang tertulis diblog ini adalah sekadar pendapat kita secara personal dan bukan gambaran rasmi mana-mana pihak.


Kita, Blog ini, Ahli-ahli
REUNION Committee tidak bertanggung-jawab ke atas akibat-akibat yang tertara dibawah ini dan apa-apa yang “sewaktu” dengan nya:



1. Turunnya Produktiviti & Prestasi Anda di tempat kerja atau mana2 pun tak kisah..


2. Mengegarkan Rumah-tangga anda & apa2 hubungan dengan sesiapa ..

3. Menganggu Kehidupan Rutin Anda & tanggung-jawab....

4. Menganggu Kesihatan Fisikal & Mental Anda...juga Spiritual anda (sembahyang lah tu...)

5. Dan apa-apa lain yang sewaktu dengannya, diluar, didalam, tersurat, tersirat...(tersedak aku..)

Saturday, July 10, 2010

Menziarahi Cikgu Kesayangan..(Photos & Video) - 11 Aug 08

Jutaan T'kasih kawan2 kita yang telah meluangkan masa untuk menjayakan lawatan ini....

Mereka juga bersusah payah merakam & "mengupload" photos & video ini buat tatapan kita bersama....








Video Ucapan Cikgu Kesayangan

Friday, July 9, 2010

Merisik Khabar..oops Tempat (16 Aug 08)

Rombongan Merisik telah dijalankan minggu lepas di SAFRA Tampines...
Ini untuk memastikan tempat ini "happening" untuk REUNION nanti..


Notice Board ini memberitahu kenapa kita memilih SAFRA
Cuba teka lah?
Entrance to the Function Room Main Place for REUNION

Ruang Dalam...Capacity @150 pax ..just nice...

The 2nd Room for kids to play toys & games..... so parents will not be disturbed to catch-up with OLD friends at the next Function Room (few steps away)
Jiwa Seni tetap membara...tak kira mana...tetap ingin berkarya....
Diskusi & sessi Brain-storming berlarutan berjam2 (dari Sakura Downtowneast sampai SAFRA bowling)..Bukan senang, bro..mineral water berbotol2 habis...tengoklah tu..

So wat u think?

Thursday, July 8, 2010

What happened in 2004? (16 Aug 08)

HAZY menang 1st Runner Up
Singapore Battle Of The Bands 2004
The Founder of Hazy, tak lain tak bukan, guitarist handalan kita, Dol bersama bassist handalan, Bakik...
Yang penting sekali......mereka adalah ex-Willowians!!!!




Hazy bersama pemenang lain...termasuk Fatskunks...

Sekadar Informasi:

  • 2004 - HAZY mendapat 1st Runner Up for Singapore Battle of the Bands
  • 2005 - HAZY diminta menjadi GUEST BAND for Battle of the Band Competition 2005
  • 2006 - HAZY menjadi recording artiste with Mindseye Records
  • Guitar kegunaan Dol ialah Gibson Les Paul with effects Korg Toneworks (tapi tak sure apa model?)

Disclaimer: Hope these infos are correct. Sorry lah Dol, kalau salah....ma'af ye......

Some more Raya Pics (part 2)- 17 Oct 08

Beautiful Raya pics of Gunawan & his wonderful family...